
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dr. Isham Imad berkata, "Asal usul keluarga saya dari Yaman dan ia masyhur dari segi politik dan agama, saya membesar di bawah didikan bapa saudara saya Syeikh Abdul Rahman Al-'Imad, saya mempelajari pemikiran Salafi dan Wahabi.
"Golongan Wahabi berusaha menisbahkan Syiah dengan sesuatu yang tidak sepatutnya melalui satelit, kitab, risalah-risalah dan media cetak. Mereka menampilkan wajah Syiah secara negatif, dalam gerakan ini mereka telah membelanjakan banyak dana untuk mencari titik kelemahan, permasalahan dan melemparkan pandangan tidak berasas menurut selera mereka.
"Dengan menyebarkan propaganda, berbagai tekanan, mereka berusaha mengawal dan menyekat mazhab Syiah supaya asas akidah dan prinsip idealistik ajaran ini tidak tersebar di kalangan masyarakat berilmu, individu berfikiran terbuka dan pencari kebenaran.
"Di zaman saya sibuk meneliti kirab Jahiz (salah seorang ulama besar Ahli Sunnah), saya bertemu dengan frasa bahawa ulama ini mempertikaikan kenapa umat Islam tidak membela anak Nabi (s.a.w) setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w)?.
"Az-Zahra menyatakan kesaksian tentang pemilikan Fadak, kenapa khalifah pertama tidak menerimanya? Jahiz memberikan jawapan yang amat berguna, beliau menjawab masalah ini dengan kes nikah mut'ah.
"Jahiz berkata, tatkala Khalifah kedua berkhutbah di atas minbar Rasulullah (s.a.w), dia berterus terang bahawa Rasulullah (s.a.w) menghalalkan nikah Mut'ah, dan aku berkata ianya haram, semua sahabat sedang duduk di bawah minbar, mereka mendengar dan tidak berbicara, oleh itu kebarangkalian terjadinya pembelaan terhadap anak perempuan Rasulullah (s.a.w) setelah kewafatan baginda adalah lemah dan tidak mungkin terjadi." Kata beliau dalam seminar Fathimiyun di Tehran semalam.
Sambil memetik kenyataan Imam Fakhruddin al-Razi, beliau berkata, "Di zaman saya masih Wahabi, Fathimah Az-Zahra (a.s) berpesan, jangan izinkan kedua-dua mereka (Abu Bakar dan Umar) menyertai perarakan jenazahku. Saya rasa perbuatan Fathimah Az-Zahra ini memalukan, tapi setelah saya menyelidik tentang pesanan Fathimah Az-Zahra barulah saya faham.
"Ketika menyelidik, saya menemui kata-kata menarik daripada Imam Fakhrudin al-Razi, dengan membacanya saya rasa yakin bahawa kebenaran bersama Fathimah Az-Zahra (a.s), kata-katanya ialah, aku hairan ketika wujudnya ayat dan sabda Nabi tentang warisan, dan wujudnya penegasan bahawa insan perlu berusaha meninggalkan warisan harta dan tanah, bagaimana mungkin Rasulullah (s.a.w) tidak mewariskan Fadak kepada Fathimah (a.s) sedangkan baginda sudah menghadiahkannya?"

Kezaliman ke atas Fathimah Az-Zahra amat jelas
Dr. Isham Imad berkata, "Pada suatu hari, seorang sahabat datang kepada Rasulullah dan berkata: Aku mewakafkan seluruh hartaku. Rasulullah (s.a.w) tidak senang dan berkata: Engkau mempunyai hak mewakafkan satu per tiga daripada hartamu. Sekarang bagaimana mungkin Rasulullah (s.a.w) bersabada aku tidak meninggalkan sesuatupun setelah wafat melainkan sedekah?.
"Menurut pandangan seluruh insan yang berakal, sekiranya seseorang itu ingin mewakafkan hartanya, pertama sekali dia akan menyedari tentang hal ehwal anak-anaknya, bukannya memikirkan tentang sahabat handai yang tidak ada kena mengena dengan harta warisan, melainkan dalam keadaan anak-anaknya tidak mampu menjaga harta dan tanah.
"Dengan wujudnya Rasulullah (s.a.w) selaku penghulu orang yang berakal, bagaimana mungkin baginda berkata kepada khalifah pertama bahawa hartaku adalah sedekah dan baginda tidak berkata demikian kepada anak perempuannya? Saya berkata, mungkin Fathimah belum mampu menjaga harta, saya menyelidiki dan mendapati Rasulullah (s.a.w) memperkenalkan Fathimah Az-Zahra sebagai wanita yang paling sempurna pengetahuannya. Oleh itu mustahil baginda tidak menceritakannya kepada keluarga sendiri."
"Saya membaca kata-kata Fakhrudin Al-Razi dengan kehairanan, penganiayaan terhadap Fathimah Az-Zahra merupakan faktor paling penting mendorong saya kepada Syiah, dan saya menceritakan perkara ini dalam artikel 'Peranan Fathimah Az-Zahra dalam pengertian yang mendalam'.
"Sebuah kitab yang ditulis oleh ulama Ahli Sunnah yang sudah masuk Syiah berjudul 'akhirnya aku temui hidayah dengan cahaya Fathimah (a.s)', beliau berkata, aku masuk Syiah setelah membaca khutbah Fathimah Az-Zahra (a.s).
"Bagi pihak Wahabi hakikat Fathimah Az-Zahra terlalu sulit untuk diungkapkan, kerana ini boleh mempertikaikan pegangan mereka, bagi saya jalan terbaik untuk menerangkan dan membuktikan bara'ah ialah dengan menerangkan kisah Fathimah Az-Zahra (a.s) ketika berhadapan dengan kedua-dua individu itu, dan kezaliman luar biasa yang dihadapi Fathimah adalah daripada dua orang tersebut," jelas Dr. Isham dalam ucapannya.
Dr. Isham Imad merupakan seorang bekas penganut ajaran Wahabi yang masuk Syiah setelah mengetahui hakikat mazhab tersebut sebagaimana para ulama Sunni yang lain. Beliau sebelum ini pernah belajar selama 17 tahun di pusat pengajian Ahli Sunnah dan menulis kitab anti Syiah. Akhirnya setelah masuk Syiah beliau menulis buku yang lain untuk menjawab karyanya sebelum itu.